Temuduga Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP27

Aku dah menggoogle dari pagi ke petang, petang ke pagi balik satu hape pon aku tak jumpe orang share pasal di interbiu untuk jawatan ni.Nak dijadikkan cerite semalam aku pegi interview kat Menara Ansar, JB.
Punyela gedebak gedebuk aku study 1 harem pon interviewer x tanye..note punye panjang aku tulis, penat aku mngapal name menteri bagai.. So dari pengalaman di interview untuk jawatan ni, aku nak share sikit ape yang ditanya interviewer dan juga preparation mental & fizikal.gituh.

Untuk pengetahuan umum, sebelum dipanggil temuduga ande2 akan di test fizikal atau ayat rasminya Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan skim perkhidmatan Pen. Pegawai Pertahanan Awam. Macam biasalah ujian start dari:



Pemeriksaan Fizikal & Pancaindera:

a. Pemeriksaan Ukuran Badan
b. Pemeriksaan Penglihatan
c. Pemeriksaan Tubuh Badan & Gaya Berjalan


Pemeriksaan Kecergasan:

a. Memanjat Tali -Kat sini ramai kantoi yg kurus2 pon x larat nak panjat tali. sebab apa? sebab tangan tak kuat, strategi xde dan dah penat sebab panjat byk kali x lepas2. 
b. Mengangkat Pemberat -Perempuan ramai fail kat sini sbb majoriti yg dtg halus2 je..ntah2 pemberat tu lagi berat.Yang badan berat lebih 50kg ada kemungkinan tinggi boleh angkat. 
c. Menjulang dan Menegakkan Tangga -Kekuatan tangan fizikal main peranan sebab tangga tu mmg berat. 
d. Memanjat Tangga Penyelamat -Ni xda pape sangat lah kalau gayat jangan tengok bawah.tempat pijak tangga tu mmg kecik so kene pandai jaga step.
e. Larian 2.4 km -Stamina paling penting, kalau boleh pakai jam supaya boleh timing brp minit dah korang berlari. Time ni mmg penat klu tapi lenjan jela janji kurang dari masa yg ditetapkan. Lelaki: 14minit. Perempuan: 17minit. Siapa2 yg lebih dari masa yg ditetapkan xpa jangan risau, cuma yg melampau2 lambatnye mmg x dapek la nolong.

*Kalau lulus ujian fizikal In Syaa Allah..seterusnya korang akan dipanggil temuduga.

Masa Ujian Fizikal ni Alhamdulillah aku lepas semuanya dengan sekali cubaan. Tapi kalau x lepas pon especially masa angkat berat, panjat tali pegawai Jpam tu akan bagi kelonggaran dia bagi lagi kite try berkali-kali mcm kat tempat aku Pegawai Jpam die mmg terbaik dan murah hati, yela agak lah kalau dorang strict giler mmg ramai x lepas kene balik awal ar jawabnye. 


Bahagian Temuduga:

Aku orang no. 7 dari 14 orang. Petugas SPA maklumkan dorg buat interview 4 hari kat Johor. Aku rasa kat johor saja dah cecah 50 orang belum kira lagi kat negeri lain, kekosongan 50 sahaja. hmmmm...mendapat la mmg aku xnak berharap ape2.. KPSL, Sukarelawan Jpam ramai apply jadi untuk insan2 picisan mcm aku ni kemungkinan nak dapat tu agak tipis. Interviewer 2 orang 1 wakil SPA dan 1 wakil jabatan. Antara soalan yang ditanya:

a. Nervous x? (Soalan paling sadis)

b. Sy tgk Quran Sunnah awk masa SPM A, boleh saya tanya pasal hadis? Ok, terangkan hadis yang ada menyebut tentang bencana alam. 
c. Nama tempat yang akan tenggelam habis kalau berlaku banjir besar?
d. Kalau awak dapat kerja ni macamn awak nak bahagi masa misal kata awk dah kahwin nak jaga anak suami semua, awak rasa boleh ke? Sebab tugas ni x tentu masa.
e. Apa peralatan yang digunakan untuk hiking? Wall climbing? (Soalan dia based kpd hobi kita)
f. Awak ada fobia x?
g. Takot binatang apa? Pernah pegang ular? (Aku ckp penah pegang ular sawa)
h. Awak lahir kat Sabah ada nak balik Sabah? Kalau kene post jauh2 awak sanggup? (Jawapannye mesti sanggup)
i. Hobi awk sesuai untuk JPAM tapi bidang awk HR ni lebih kepada RELA kalau dapat RELA awak nak? 
j. Ada cita2 nak sambung degree?

Ok dah, so far ni antara soalan yang aku ingat keluar2 bilik temuduga tu boleh blur x ingat soalan. tengah relax2 baru terpacol balik. Aku dapat rumuskan yg interviewer ni suka tny soalan kbkk dan soalan yang relate dengan hobi kita dan course kita belajar masa diploma. Ada sorang kawan ni budak nursing, dia tanya CPR mcmn? Kalau kemalangan apa awk nak buat? Tudia kalau nurse xtau bende2 mcm tu mmg parok la.

Result interview tunggu lagi sebulan, tawakal banyak berdoa. Ada rezeki kita in syaa Allah dapat. Kalau x dapat jangan sedih menonggeng boleh cuba lagi ^_^

Copyright @ Coretan Mijah | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger | Blog Templates created by Web Hosting Men