Best Moisturizer

Akibat tersalah pakai pencuci muka dibawah ini habis jadi merah-merah terkupas kulit muka aku..dia punya pedih tak payah citer la duk bawah matahari lagi terasa pedihnye. Baru aku tau ea kadang pencuci muka laki ni orang perempuan tak boleh suka-suka pakai. Dapat kulit sensitif  naya wei jadik mcm muke aku, x ambik gamba x kuasa nak tayang muke ghoper gni kat orang. Mukenye jadi panas semacam kering je, kalau sentuh mesti konfius ni tapak kaki ke muke..sebab kulit die terkupas2 menggerutu. Sedih nye lah..... 
*Google Image*


Dah 2 hari masih x elok2 lagi lepas dah pakai pelembab biasa, balik rumah mak aku kat Senai terjumpa pelembab ni lama dah aku x pakai sebab dulu moisturizer ni x kene dengan kulit aku coz oily sangat aku rasa, kulit jenis combination skin. Disebabkan sekarang ni kulit aku kering gila aku try guna moisturizer Colonial Dames ni tengok berkesan ke tak.(nasib baik x expired lagi)
Dasat krim nih...pas aku tepek tebal2 kat muka dah macam masker tu x sampai 30 minit aku rasa muke aku dah tak menggerutu sangat, kulit2 yang mengulupas senang tercabut dan x rasa pedih sangat masa basuh muka. Esoknya aku tepek lagi. Sekarang kulit pon dah tak merah2 dan kembali lembut seperti sediakala. 

*Vitamin E Cream ni tak ingat harga berapa. Kat Guardian/Watson ada jual*


Wedding Prep Ke Laut

Hahahahai...lagi berapa bulan je lagi nak jejak 3/2014, x prepare ape lagi nih..hadooii.aku blur2 katak lah nak start dari mana.. Setakat nih, bende yang aku dah settlekan:

Barang Hantaran: Perfume aku dia, Set Mandi, Telekung, Kain Pelekat, 
Dewan: Dah booking
Kain Nikah: Aku dia

Giler baru 3 bende ni, nak kene semak balik checklist aku yang dah berhabuk tuuhh. Kene baca blog b2b lain untuk cari semangat.! Barang2 goodies sume aku nak shopping time sale. Bridal 1 hal lagi aku rambang mata nak pilih mana. Mungkin nak amek Bridal Kayangan, Seri Idaman atau Andaman Ikhlas. Malas.

Surat Tawaran SPA Jawatan Pen. Peg. Pertahanan Awam dah sampai


"Kakak, surat spa dah sampai rumah", adik aku mesej. malam tu jugak aku balik rumah. Sebenarnye petang tu kerani jabatan ada kol aku bagitahu details pasal lapor diri, x terkujat sangat la. Alhamdulillah aku dapat under jabatan RELA. Rela pon rela lah aku rela. Walaupun tak dapat Jpam yang diidam2kan tu aku redha. Menangis jugak mula2...(drama sikit), yelakan mana x menangis mati2 aku ingat memang konpem aku dapat Jpam sebab kat email dia tulis lapor diri kat JPAM. 

Masa tu punya sedih dan x dapat terima hakikat kene keja Rela pulak (teruk punya mentaliti, aku ingat RELA ni keje jaga jalan je, Astaghfirullah tak baik aku merendah2kan sesuatu pekerjaan.) Macam orang tak reti bersyukur, dah dapat ini demand pulak. Aku telefon dari kerani SPA,JPAM,RELA,KDN sampai lah ke pengarah sumber manusia Jpam untuk maklumkan ada kesalahan sebab dalam email lain. 

Sampai satu tahap aku duduk dan fikir, Ya Allah....apa nak jadi lah aku ni..masih merungut lagi tika Kau dah curahkan rezeki..sepatutnya aku redha berlapang dada. Aku cuba tarik nafas dalam-dalam istighfar cuci habis2 kepala otak aku tadi..bersihkan jiwa hati daripada rasa tak bersyukur atas pemberian Ilahi dan last sekali senyum positif. ^_^ 

Surat dah sampai, tunggu surat dari Jabatan pulak. Mungkin sampai minggu ni atau minggu depan. Dalam surat tawaran spa ni biasalah dia lampirkan Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan, Borang Akuan (nnt kena sahkan dengan pesuruhjaya sumpah), Borang Medical check up dan Contoh Surat Sumpah. 
Copyright @ Coretan Mijah | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger | Blog Templates created by Web Hosting Men