Persiapan Borang Lapor Diri ke Jabatan


Semua dah settle. Aku boleh beraya dengan tenang... Lepas raya lapor diri training 2 bulan. Tempat training kat Sg. Udang Melaka je..dekat sikit dengan jb.. Raya tahun ni buat simple2..baju raya pon selai je.. sempoi2 ..xde havoc sangat..kite bersederhana jela. Baju x bergaya asalkan makan bergaya. Makanan yang penting yer.... 




















Best Moisturizer

Akibat tersalah pakai pencuci muka dibawah ini habis jadi merah-merah terkupas kulit muka aku..dia punya pedih tak payah citer la duk bawah matahari lagi terasa pedihnye. Baru aku tau ea kadang pencuci muka laki ni orang perempuan tak boleh suka-suka pakai. Dapat kulit sensitif  naya wei jadik mcm muke aku, x ambik gamba x kuasa nak tayang muke ghoper gni kat orang. Mukenye jadi panas semacam kering je, kalau sentuh mesti konfius ni tapak kaki ke muke..sebab kulit die terkupas2 menggerutu. Sedih nye lah..... 
*Google Image*


Dah 2 hari masih x elok2 lagi lepas dah pakai pelembab biasa, balik rumah mak aku kat Senai terjumpa pelembab ni lama dah aku x pakai sebab dulu moisturizer ni x kene dengan kulit aku coz oily sangat aku rasa, kulit jenis combination skin. Disebabkan sekarang ni kulit aku kering gila aku try guna moisturizer Colonial Dames ni tengok berkesan ke tak.(nasib baik x expired lagi)
Dasat krim nih...pas aku tepek tebal2 kat muka dah macam masker tu x sampai 30 minit aku rasa muke aku dah tak menggerutu sangat, kulit2 yang mengulupas senang tercabut dan x rasa pedih sangat masa basuh muka. Esoknya aku tepek lagi. Sekarang kulit pon dah tak merah2 dan kembali lembut seperti sediakala. 

*Vitamin E Cream ni tak ingat harga berapa. Kat Guardian/Watson ada jual*


Wedding Prep Ke Laut

Hahahahai...lagi berapa bulan je lagi nak jejak 3/2014, x prepare ape lagi nih..hadooii.aku blur2 katak lah nak start dari mana.. Setakat nih, bende yang aku dah settlekan:

Barang Hantaran: Perfume aku dia, Set Mandi, Telekung, Kain Pelekat, 
Dewan: Dah booking
Kain Nikah: Aku dia

Giler baru 3 bende ni, nak kene semak balik checklist aku yang dah berhabuk tuuhh. Kene baca blog b2b lain untuk cari semangat.! Barang2 goodies sume aku nak shopping time sale. Bridal 1 hal lagi aku rambang mata nak pilih mana. Mungkin nak amek Bridal Kayangan, Seri Idaman atau Andaman Ikhlas. Malas.

Surat Tawaran SPA Jawatan Pen. Peg. Pertahanan Awam dah sampai


"Kakak, surat spa dah sampai rumah", adik aku mesej. malam tu jugak aku balik rumah. Sebenarnye petang tu kerani jabatan ada kol aku bagitahu details pasal lapor diri, x terkujat sangat la. Alhamdulillah aku dapat under jabatan RELA. Rela pon rela lah aku rela. Walaupun tak dapat Jpam yang diidam2kan tu aku redha. Menangis jugak mula2...(drama sikit), yelakan mana x menangis mati2 aku ingat memang konpem aku dapat Jpam sebab kat email dia tulis lapor diri kat JPAM. 

Masa tu punya sedih dan x dapat terima hakikat kene keja Rela pulak (teruk punya mentaliti, aku ingat RELA ni keje jaga jalan je, Astaghfirullah tak baik aku merendah2kan sesuatu pekerjaan.) Macam orang tak reti bersyukur, dah dapat ini demand pulak. Aku telefon dari kerani SPA,JPAM,RELA,KDN sampai lah ke pengarah sumber manusia Jpam untuk maklumkan ada kesalahan sebab dalam email lain. 

Sampai satu tahap aku duduk dan fikir, Ya Allah....apa nak jadi lah aku ni..masih merungut lagi tika Kau dah curahkan rezeki..sepatutnya aku redha berlapang dada. Aku cuba tarik nafas dalam-dalam istighfar cuci habis2 kepala otak aku tadi..bersihkan jiwa hati daripada rasa tak bersyukur atas pemberian Ilahi dan last sekali senyum positif. ^_^ 

Surat dah sampai, tunggu surat dari Jabatan pulak. Mungkin sampai minggu ni atau minggu depan. Dalam surat tawaran spa ni biasalah dia lampirkan Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan, Borang Akuan (nnt kena sahkan dengan pesuruhjaya sumpah), Borang Medical check up dan Contoh Surat Sumpah. 

5 Hadiah Hari Jadi untuk Si Gadis (My Own Version)


Cakap pasal hadiah hari jadi ni balik2 bagi teddy bear, novel, cokolat, jam tangan & bunga bagai.
Hadiah yg menjadi kebiasaan dan membosankan. Bab hadiah ni ikut jenis orang kot. Ada jenis tak kesah. Tapi pada aku pulak hadiah yang kite nak bagi tu mesti kene dengan citarasa seseorang tu..kita bagi hadiah untuk buat orang rasa gembira bukan bagi hadiah buat dia rasa biasa-biasa saja...murah atau mahal tak mainkan peranan kalau hadiah beratus 'bau' macam taik pon tak guna jugak.

Kalau namanya lelaki, aku tau dah nak bagi apa...tak payah serabut kepala sebab orang lelaki jenis cool tak banyak cekadak, tak banyak bunyik. Contoh, kau tengok mana2 barang, gadget atau wallet dia yang dah rabak..kat situ kau dah dapat sumber inspirasi nak bagi hadiah apa kat dia. Selain drp tu, semak balik apa hobi die...contoh hobi kayuh basikal bagila 1 suspension fork Rockshox mau mengekek dia suka. Tak pandai cari? Mahal? Beli accessories la murah sket, sunglasses Oakley ke rear lamp ke. Susah sangat bagi kasut O'neil ka shimano. Paling cikai bagi 1 glove Fox :) Hadiah x payah skema sangat la....balik2 bunga, kek coklat jersey bola adoilaa.

Cara paling selamat kita tanya sendiri dia minat apa...teringin nak beli apa...haa...sebab kalau dah nama perempuan dia punya teringin nak barang tu mmg macam2...kau mintak 1 contoh je dia boleh bagi 10 contoh hadiah macamana yang dia nak. xdehal. Direct tanya dari hati ke hati la aku rasa paling senang...Kau orang lelaki dah tak pening kepala pikir nak bagi hadiah apa...ada pulak jenis beriye siap interview mak bapak, adik beradik awek kesanyangan dia suka apa. Adoi lantak kau lah usaha tangga kejayaan.

No. 1- Jam Tangan built-in GPS / HRM belt (Suunto/Polar/Timex/Garmin/Magellan)
No. 2- Rucksack (Kathmandu Katun 40L)
No. 3- Kasut Road/Trail Runner
No. 4- Kain Baju Kurung (Songket/Lace/Cotton/Chiffon)
No. 5- Cincin/Subang Emas yang kecik2

Apa2pun...hadiah tu sebagai penyedap sahaja, cara penyampaian yang penting baru ada sentimental value kata orang. Bukan kata nak meminta-minta tak kesah pon nak bagi hadiah apa, murah atau mahal x jadi masalah, at least ada effort untuk meraikan orang yang tersayang...bukan asal boleh...paling kurang DIY card pon jadilah :)

Rembatan Thierry Mugler Alien

Aku agak bosan dengan perfume bertemakan fruity/sweet/apple/strawberry & related. Mana2 pegi mesti terbau bau-bauan ni, awal 20an dulu aku mmg suka bau sweet/fruity ni Escada salah 1 perfume yang range dia mmg popular dengan sweet floral/fruity nuance.

Mood berubah sejak dah masuk 24 tahun ni muda lagi tapi jiwa dah tak boleh masuk dengan bau buah manis2 sume ni...Aku try Alien Thierry Mugler EDP ,gambo mcm aku amek tu. aku suka botol die unik kene dengan nama alien.

Review? Aku x pandai nak review skema2...so aku cuma dapat bagitau benda yang basic2 je. Mula-mula spray memang merebak bau jasmine...aku ingatkan dah mcm potpourri taw...pening kepale sbb mcm kuat sangat, dalam hati ada rasa sedih/nyesal sket. Tapi ble dah lama 10min gitu & banyak kali cium.. aroma dia blend taw dah x pening kepala masa mula2 spray dia jadi soft tapi bold, ada bau floral sweet tapi just nice tak kuat sangat creamy , woody musky amber notes kena dengan kulit aku, ada bau sikit mcm vanilla, rasa fresh tapi at the same time warm jugak..

Apepon paling penting yang buat aku berkenan sangat ialah Alien mmg dijamin long lasting ye pukol 3 petang aku pakai sampai bangon tido esok pagi pon masih ada lagi bau saki baki jasmine, amber. Gile tak? susah ye nak cari perfume yang long lasting ni...Sillage Alien ni strong spray 1 kali je dah cukup jangan banyak2 senoneng pale orang keliling kau nanti. Harga Alien boleh tahan, sesuai pakai waktu malam/occasion, sebab mahal kan sayang pulak aku nak balon hari-hari.
Copyright @ Coretan Mijah | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger | Blog Templates created by Web Hosting Men