5 Hadiah Hari Jadi untuk Si Gadis (My Own Version)
Labels:
Hadiah
Cakap pasal hadiah hari jadi ni balik2 bagi teddy bear, novel, cokolat, jam tangan & bunga bagai.
Hadiah yg menjadi kebiasaan dan membosankan. Bab hadiah ni ikut jenis orang kot. Ada jenis tak kesah. Tapi pada aku pulak hadiah yang kite nak bagi tu mesti kene dengan citarasa seseorang tu..kita bagi hadiah untuk buat orang rasa gembira bukan bagi hadiah buat dia rasa biasa-biasa saja...murah atau mahal tak mainkan peranan kalau hadiah beratus 'bau' macam taik pon tak guna jugak.
Kalau namanya lelaki, aku tau dah nak bagi apa...tak payah serabut kepala sebab orang lelaki jenis cool tak banyak cekadak, tak banyak bunyik. Contoh, kau tengok mana2 barang, gadget atau wallet dia yang dah rabak..kat situ kau dah dapat sumber inspirasi nak bagi hadiah apa kat dia. Selain drp tu, semak balik apa hobi die...contoh hobi kayuh basikal bagila 1 suspension fork Rockshox mau mengekek dia suka. Tak pandai cari? Mahal? Beli accessories la murah sket, sunglasses Oakley ke rear lamp ke. Susah sangat bagi kasut O'neil ka shimano. Paling cikai bagi 1 glove Fox :) Hadiah x payah skema sangat la....balik2 bunga, kek coklat jersey bola adoilaa.
Cara paling selamat kita tanya sendiri dia minat apa...teringin nak beli apa...haa...sebab kalau dah nama perempuan dia punya teringin nak barang tu mmg macam2...kau mintak 1 contoh je dia boleh bagi 10 contoh hadiah macamana yang dia nak. xdehal. Direct tanya dari hati ke hati la aku rasa paling senang...Kau orang lelaki dah tak pening kepala pikir nak bagi hadiah apa...ada pulak jenis beriye siap interview mak bapak, adik beradik awek kesanyangan dia suka apa. Adoi lantak kau lah usaha tangga kejayaan.
No. 1- Jam Tangan built-in GPS / HRM belt (Suunto/Polar/Timex/Garmin/Magellan)
No. 2- Rucksack (Kathmandu Katun 40L)
No. 3- Kasut Road/Trail Runner
No. 4- Kain Baju Kurung (Songket/Lace/Cotton/Chiffon)
No. 5- Cincin/Subang Emas yang kecik2
Apa2pun...hadiah tu sebagai penyedap sahaja, cara penyampaian yang penting baru ada sentimental value kata orang. Bukan kata nak meminta-minta tak kesah pon nak bagi hadiah apa, murah atau mahal x jadi masalah, at least ada effort untuk meraikan orang yang tersayang...bukan asal boleh...paling kurang DIY card pon jadilah :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment