Wednesday,15
Wednesday,15

Interview Penolong Pegawai Tadbir N27

Minggu lepas aku pegi interview jawatan ni kat Menara Ansar Pusat Temuduga khas SPA. Baru berapa minggu yang lepas aku pegi interview KP27, Alhamdulillah rezeki dipanggil pulak untuk interbiu jawatan PPT N27. Ntah kenapa aku macam tak semangat..note yg lame2 ada tapi aku malas nak baca.. Nak mengapal nama menteri lah, dasar kerajaan apa2 soalan yg biasa ditanya interviewer government pon aku MALAS.
9/5/2013 bersamaan hari Khamis turn aku pukul 11 pagi. Sampai2... ramai giler penoh kerusi.

Ok, interviewer 2 orang perempuan nampak muda lagi awal 30-an mungkin. Soalan2 yang ditanya:


1. Introduce yourself?

2. Client awk IRDA, ok bagitau jajahan IRDA sampai mana? Projek IRDA?
3. Maksud Transformasi?
4. Berikan contoh produk transformasi?
5. Apa NKRA? Berikan dasar NKRA.
6. Siapa Ketua Setiausaha Negara?
7. Job scope awak sekarang.
8. Apa tugas PPT N27 yang ada dalam website SPA tu?
9. Awk rasa bagus x kerajaan buat transformasi tu?

Interview kali ni mmg x best la , x best sebab aku lupa nama KSU n dasar2 NKRA.. hahaha baru aku tau rase die , rasa macam bodoh je depan dorang bile aku terkial2 nak jawab. Itu la bahana kalau PEMALAS nak prepare study ape yang patot utk interview. Paling sadis sebutkan produk Transformasi. mmg la bergelen produk 1 Malaysia tuh, berbelit lidah aku nak sebut satu2.. Ntah ape la punya soalan.. Aku mengharapkan interviewer yang bijak belaka ni tanya soalan yang related dgn keje , sebok no dengan transformasi ye aku paham mereka tny soalan tu nak menguji kita samada kita alert tak dengan dasar2 kerajaan, bukan aku aje aku rasa semua orang tau ape transformasi cuma xtau secara detailnye sahaja. Sudahla..benda dah lepas next time boleh cuba lagi  :)


0 comments:

Post a Comment

Copyright @ Coretan Mijah | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger | Blog Templates created by Web Hosting Men